Saya tak salahkan sesiapa selain diri sendiri..

Saya tak salahkan sesiapa selain diri sendiri..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua pembaca,

Sebelum saya teruskan dengan post hari ni, saya perkenalkan diri saya dulu. Nama penuh, Mohamad Ezril Akma bin Samsudin, 27 tahun. Menetap di Selangor. Bekerja dengan salah satu syarikat komunikasi di Malaysia sebagai Customer Service Representative (bahasa mudahnya, operator lah) dan saya ni boleh dikategorikan sebagai seorang yang ceria dan suka menceriakan orang lain (harapnya mcm tu lah).

Saya yakin masing-masing pernah lalui perkara yang memalukan, mengecewakan, dan apa-apa je lah situasi yang tak diingini. Bila benda macam ni berlaku,  ada yang redha, ada yang salahkan orang lain, ada yang mengamuk, macam2 lagi lah reaksi yang akan muncul lepas tu. Dan bagi saya, sepanjang 27 tahun saya hidup ni, tak pernah pun sesaat ada pengalaman untuk bercinta dan dicintai kekasih.Betul! Buatlah apa reaksi anda sekalipun, hakikatnya memang sebegitu. Kesian kan? (ye la ada orang tak kesian, macam aku kisah :p haha!)

Seawal saya berumur 7 tahun (darjah satu lah tu) saya duduk di sebelah seorang pelajar perempuan yg sangat cantik (mata aku time kecik2 tu lah). Langkah drastik perlu diambil. Saya ambik buku teks dia. Saya terus tulis Ezril <3 Azmaini. Menangis terus kawan tu. Saya pun jadi takut. Lepas tu saya dah tak buat lagi selepas kena marah dengan cikgu. Lepas tu masuk tahun dua sampai tahun enam, ramai jugak lah yg saya cuba nk tackle tapi takde sorang pun yang saya dapat.

Masuk sekolah menengah jiwa remaja dah makin meningkat. “Aku nak jugak cari awek.,” dari form 1 sampai ke form 5. takde satu pun yang sangkut. Saya pun masih berkira-kira apa salah dan punca sebenar takde sorang pun sangkut dengan saya. Masa form one, minat kawan sekelas. tapi tak pernah bagitahu sesiapa. Masa form two, pun minat kawan sekelas. tapi tak pernah bagitahu sesiapa gak. Segan rasanya :p hehe.. Masa form 3, yg ni bukan minat kawan sekelas pulak. Kali ni saya tertarik pada junior saya sendiri (ketika tu dia berada di tingkatan satu). Macam biasa lah, saya tak bagitahu sesiapa pun. Masuk form 4, dapat sorang akak angkat. comel gila. memang dah lama minat kt dia, dah la mata dia redup, pandai berpantun pulak tu (betul.. dia pernah masuk sayembara pantun sekali dengan saya). Saya beritahu kawan rapat saya tapi rupanya dia pun suka kt kakak angkat saya ni. Tabiat saya time dulu2, kalau saya tahu ada seseorang suka dekat someone yang saya minat, saya akan terus putus asa dan malas nk teruskan lagi meminati perempuan yg sama. Teruk kan? Dan akhirnya, masuk form 5, saya jatuh hati kembali pula pada orang yg saya suka time saya Form 3. Sebab dia simple je. Dia pakai braces. Dan saya suka perempuan pakai braces. Perempuan pakai braces = comel gila. Macam pelik kan? tapi itu lah hakikat dia :p (waktu dulu lah, itu saja yg saya tengok). Boleh kata tiap2 kali sebelum bacaan Ma’athurat kt surau (sebelum maghrib) saya akan pergi ke kelas dia dan tuliskan surat untuk dia, dan selitkan bawah meja dia :p

Monyet bercinta :p

Macam ni ke kisahnya cinta monyet?

Mungkin saya sudah patut ada seseorang untuk saya sayang dan cinta (mak ayah famili tu memang dah tentu lah ye. saya bincangkan isu kekasih) dan saya terima kasih sayang dan cinta dari pasangan saya. Sewaktu saya belajar di UiTM dulu, saya berkenan dengan junior saya sendiri, biar saya namakan dia sebagai M. Kali ni saya betul2 serius nakkan dia, cuma ada satu perkara yang menggangu saya – pengalaman lampau saya di”reject” oleh orang2 yang saya suka. Ye lah, bayangkan ye, time matriks, saya berkenan dengan seseorang, bila dia tahu saya sukakan dia, dia tak tegur saya terus. Dan perkara yang sama berlaku semasa saya di UiTM Melaka sewaktu di semester dua. Saya suka kt certain someone tapi takde pun saya bagitahu dia. Kawan2 kelas yang bising. Jadi dia pun tak tegur saya + jauhkan diri dari saya. Jadi saya sambung balik cerita saya dengan junior saya di UiTM Melaka tu.. oleh kerana dia pun seakan memberi lampu hijau sepanjang perkenalan kami, malam tu saya pun SMS dengan dia.. saya luahkan isi hati saya dan saya tidak terkejut dengan balasan yang saya terima bila dia tahu saya memang sukakan dia. Akan tetapi disebabkan kisah silam dan kebodohan saya sendiri, saya tukarkan luahan rasa sayang kepada luahan rasa takut pengalaman lama akan berulang. Dia tersentap dan hasilnya, sampai sekarang kami tidak bercakap antara satu sama lain. (ada juga sekali sekala tapi sangat jarang)

Setelah bertahun berlalu, saya bertemu kembali dengan seseorang yang saya suka sewaktu di sekolah menengah. Pada mulanya tak ada pun cita-cita nak dapatkan dia kembali, cukuplah sekadar kawan. Tapi bila dah lama bersama dengan dia, keluar dan makan bersama, habiskan banyak masa dengan dia, lama kelamaan hati yang keras macam batu ni dah pun dilembutkan dengan si dia. Satu hint paling besar aku pernah dapat dalam hidup berbunyi lebih kurang macam ni :

lepas ko layan aku, aku harap ko tak main2 dengan aku :)

Perasaan? sangat gembira. mungkin ni laa pengalaman pertama saya dalam cinta. Memang sangat gembira, tapi cuma saya tak tunjukkan saja pada dia. dan kami teruskan sahaja rutin kami seperti biasa, dia dengan hidup dia, saya, dengan rutin saya, ada waktu kami keluar bersama. Saya anggap dan saya fikir dia sudahpun saya miliki.

Tapi di situ silap saya.

Saya tahu saya sayangkan dia. Dan mungkin dia tahu saya sayangkan dia. Tapi ada satu perkara yang saya tidak ada dan dia ada.

Pengalaman bercinta.

Memang benar saya tidak pernah ada pengalaman cinta. Saya tak mengerti apa jiwa wanita inginkan sepenuhnya.Oleh itu saya belajar. Belajar. Dan belajar lagi agar saya jadi seorang lelaki yang boleh memahami dan memipin dengan lebih baik lagi. Saya sedang ke arah itu tapi sayangnya. Masa sudah tamat dan segala kesempatan sudahpun ditarik kembali. Tiada lagi ruang untuk saya dihatinya. Apa pun yang berlaku, saya tetap redha atas ketentuan-Nya. Mungkin ini bukan pengalaman cinta, tetapi satu pengalaman untuk saya lebih memahami jiwa seorang wanita.

Dan saya tidak salahkan sesiapa dalam hal ini. Saya, adalah penjenayah dalam hidup sendiri dan saya bertanggungjawab sepenuhnya atas apa yg berlaku dalam hidup saya sendiri.

Terima kasih atas pengalaman ini, kawan. Saya doakan awak sentiasa bahagia dengan sesiapa saja pilihan awak.

Sekian.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s