Kisah Lelaki Dan Bakal Mertua

Alkisah pada suatu hari sang teruna diajak si dara untuk bersua ayahanda dan bondanya..Kiranya saje je laa mak ayah gadis tu nak kenal hati budi bakal menantu diorang ni. Si jejaka ni dihidang secawan minuman panas dan beberapa keping biskut kering oleh ibunda gadis. Maka banyak jugalah kisah yang dibuka oleh kedua belah pihak.. mula2 tanya kerja kat mana, macam mana boleh berkenan anak pakcik, isu politik semasa, perancangan masa depan.. macam2 lagi lah yang diceritakan.

Sampai satu tahap, ayahanda gadis tu pun bertanya tentang solat dan rukun iman yang lain.

“Ni pakcik nak tanya ni lah, sebagai bakal pemimpin anak pakcik ni, pakcik nak tahu lah kamu ni jenis yg tinggalkan solat ke, tinggalkan puasa ke..ataupun kamu tak tinggal semua tu?” ujar si ayahanda gadis.

Dengan yakin si jejaka tu menjawab

“Oh.. pakcik jangan risau, saya ni, solat, puasa, cukup 5 kali sehari semalam”

“…mcm mana kamu puasa 5 kali sehari?”

Dengan tak pasal2 ada manusia kt belakang langsir tergelak besar.. Cisssssss

Aku Sebuah Sambung Galaxy 5

Aku Sebuah Sambung Galaxy S5

Namaku Sambung. Aku dilahirkan di sebuah kilang di Korea. Aku punyai ramai adik beradikyang berkongsi nama yang sama – Sambung Galaxy S5. Khabarnya aku dan adik-beradikku mempunyai ketahanan di dalam air selama 30 minit dan kalis debu – sesuatu yang tidak ada pada saudara-maraku yang lebih tua dari kami. Sambung Galaxy Sambung S3, Sambung S2, mahupun Sambung Galaxy Ace hanya mampu memandang cemburu dengan keampuhan daya tahan kami.

Sepertimana waktu saudara-saudaraku yang lebih tua diperkenalkan kepada umum, seluruh dunia menyambut kehadiran kami dengan penuh riang gembira. Aku amat gembira melihat mereka tidak sabar menanti untuk memiliki kami. Adik-beradikku juga turut gembira dan tidak sabar untuk menjadi milik mereka.

Saat yang ditunggu telah tiba. Walaupun sedih kerana terpaksa berpisah dengan adik beradik yang dikasihi, aku telah dihantar ke sebuah negara yang dipanggil Malaysia. Khabarnya aku akan dijual pada keesokan harinya kerana sambutan yang sangat hangat.

Sangkaanku tepat. Selautan manusia berpusu-pusu untuk mendapatkan kami. Akhirnya aku telah diambil oleh seorang pemuda – dalam lingkungan 30an, berkulit cerah dan bermisai. Aku dibawa ke kaunter dan dibawa pulang. Sungguh kurasa tidak sabar untuk berkhidmat dan mengharumkan nama baik keluarga kami.

Sesampainya kami di rumah, bungkusanku dibuka dan aku diletakkan diatas meja. Tuan baruku menghidupkan kamera dan mula berkata sesuatu di hadapan kamera. Rupanya aku dirakam dalam siri ujian “drop test” dan juga “hammer test”.

Apasal tak rendam je aku gile.. aku kan tahan air & tahan debu. Yang pegi ketuk aku sampai hancur tu buat apa. Ingat aku apa? Paku?

Tamatlah riwayat aku – sebuah Sambung Galaxy S5.

p/s : Cerita ni hanyalah sekadar hiburan semata-mata.. tidak ada kaitan antara yang hidup, atau yang mati. Kalau korang tak puas hati boleh la tukarkan nama fon kt atas dengan fon lain.Sagem ke.. Alcatel ke… Takde kaitan utk mengaibkan mana2 pihak. TQ! 😉

Adoi… pedih hati nak tengok…

Kisah Designer

Kisah Designer 1

Bro A : Bro, mintak tolong design banner kedai makan aku boleh?
Bro B : Ermm.. boleh la. Nak design yg mcm mana ye?
Bro A : OK macam ni design dia..
Bro B : boleh la mcm ni. tapi kena bayar tau.
Bro A : eh kenapa pulak. buat banner je kot? jangan haloba sangat bro
Bro B : (panas hati) kenapa pulak aku tak boleh caj? ni la mata pencarian aku.
Bro A : bukan susah pun nk design. at least orang tgk hasil kerja ko, diorang suka, nanti diorang upah ko pulak. kamon la.
Bro B : (eh jahanam betul jawapan ko) …ok
Bro A : terima kasih.

Selepas beberapa hari banner tu siap dan digunapakai
kt kedai Bro A

Bro A : terima kasih bro.. cantik banner ko buat.
Bro B : sama sama… makanan kedai ko pun sedap. thanks eh.
Bro A : eh bro B mana mau pigi? nasik ko makan semua sapa mau bayar?
Bro B : bukan susah pun nk masak. at least aku bagitahu semua orang kedai ko masak sedap, diorang suka, nanti diorang makan kedai ko. kamon la.
Bro A : habis tu ko plan sampai bila nak buat mcm ni?
Bro B : sampai ko bayar design banner aku tu.
Bro A : dahsyat betul ko punya nasihat eh. mana belajar ni (bukak dompet)

Kisah Designer 2

Bro A : Bro, mintak tolong design logo company aku?
Bro B : Ermm.. boleh la. Nak design yg mcm mana ye?
Bro A : OK macam ni design dia..
Bro B : boleh la mcm ni. tapi kena bayar tau.
Bro A : ala tak payah la bayar, ko kan pro. kita kan kawan2
Bro B : ye la kawan, kawan gak. aku pun nk hidup jugak. agak la pun kalau nk cut cost, at least kena hulur la jugak..
Bro A : ko takkan takde hasil pendapatan lain. ko keje telekom kan. gaji telekom ko kan dh ada dah.
Bro B : (panas hati) ok ko nak buat logo company apa ni?
Bro A : ala, company aku kan company transportation. ko buat la logo kepala lori ke.. orang senyum ke. hentam la. ko kan kreatif.
Bro B : ok esok aku siapkan.

Selepas logo tu siap

Bro B : amacam logo ni, OK ke tak?
Bro A : waaa, cantik ni.. thanks bro. nanti senang2 aku tolong ko pulak ye.

nak dijadikan cerita, awek Bro B ni nak pindah rumah.. apa lagi, Bro A yang dicari. lepas dah siap angkut barang semua

Bro A : sebab hari tu ko dah tolong aku, aku caj ko harga kawan2 la.
Bro B : ala tak payah la bayar, ko kan pro. kita kan kawan2
Bro A : wah ewah mana boleh ko main copy paste ayat kt atas tu. habis tu minyak lori, upah orang angkat semua, sape nak tanggung?
Bro B : eh mengungkit pulak ye? abis tu yg aku buat logo tu aku perah otak cari idea bil letrik masa aku lagi ko tak nak kisah?
Bro A : apa ni…
Bro B : ko takde hasil pendapatan lain ke? ko keje telekom gak kan? gaji telekom ko kan dh ada dah.

wah ewah ewah… jangan la korang jadi macam brader A ni. kesian la kt designer2 ni…

p/s : Encik Osman Baku tak singgah sini kan? ampun!! ^_^

saya sebut transportation. “PENGANGKUTAN!!”

Sketsa 01

Dialog antara dua perempuan.
Perempuan A : Salah ke aku kalau aku mencari yang terbaik untuk diri aku?
Perempuan B : Tapi kau tu bini orang.. jadah apa nak campak laki ko pegi manaaaaa.

 

Melainkan kes yg isteri boleh mintak fasakh. Tu lain cerita.
Kalau bukan, why is that person become your choice at the first place?
Oops… sorry, korang boleh terbalikkan cerita ni jadi perbualan antara dua lelaki.

 

Dialog antara dua lelaki
Lelaki A : Salah ke aku kalau aku mencari yang terbaik untuk diri aku?
Lelaki B : Tapi kau tu laki orang.. eh tapi kita boleh kawin empat kan?
Lelaki A : Haa tau pun ko.

 

Melainkan kalau lelaki A tu tak mampu dan tak boleh berlaku adil, yang tu cerita lain

 

Nak terbalikkan cerita ni jadi perbualan antara dua manager?
Manager 1 : Salah ke aku kalau aku mencari yang terbaik untuk diri aku?
Manager 2 : Tapi kau tu manager orang… eh, apa kaitan?
Manager 1 : Bulan ni aku tak dapat KPI lagi..

 

Eh. Macam sama je kita? Gimme five! eh.

 

Kbai!

Aku dah Kahwin :(

Aku dah berumahtangga
Dengan kerjaya yang tak kusangka
Kini sudah punya cahaya mata
Merengek “Nak berenti… nak berenti…” tiap harinya
Berapa tahun dia agaknya ya?
Aku kira-kira
Aku bilang satu, dua, tiga, empat, ah, rupanya lima

Selamat ulangtahun ke-lima… April nanti… haaaa hahahaha…. :’)

“ko sorang je sayang vads” ujar Lutip dan Paparini.

circle of uselessness

1) suka kt seseorang
2) usha dari jauh
3) tanya kawan2, dia masih single
4) cuba dekat dengan dia
5) dia nampak happy bila main whatsapp dengan ntah sesiapa
6) malu nk tanya sbb dia nampak happy ber-whatsapp dengan ntah sesiapa
7) jauhkan diri

ulang proses dari awal sampai umur 45 tahun

Golongan-golongan semasa harga petroleum naik

Assalamualaikum dan salam sejahtera… 🙂

Rakyat Malaysia baru2 ni telah didatangkan dengan perkhabaran yg sahih bahawa subsidi utk petroleum ron95 dan diesel akan dikurangkan sebanyak 20 sen. Maka bergegak gempita laa laman siber dengan golongan2 yg tak puas hati.. yg mempertahankan… yg pandang dari sudut ekonomi.. jadi mana satu golongan korg? Kita kenalpasti guna ayat di bawah…

Pro BN
– rilek la weih. 20 sen pun nk kecoh?
– isi penuh hari ni boleh tahan sampai tahun depan ke?
– kami yakin dengan kenaikan ini tak membebankan rakyat. Pakai kereta besar boleh, x kan x mampu nk bayar extra 20 sen.
– dengan pengurangan subsidi kerajaan terhadap ron95 dan diesel, duit tu dpt digunakan utk tujuan kesejahteraan rakyat.

Pro PR
– kan aku dh kata… undi lagi BN. Barang Naik punya!

Economist – BN
– bank dunia dalam satu kajian yg dijalankan menunjukkan bahawa pengurangan subsidi akan memberi impak positif kepada negara. Pengguna subsidi kerajaan adalah terdiri daripada 5 atau 6 golongan kaya manakala 1 sahaja dari golongan miskin. Ini dpt mengelakkan penyalahgunaan subsidi yg diberikan oleh kerajaan. Ini merupakan satu penambah baikan bagi dasar fiskal negara.

Economist – PR
– semua orang x boleh nak nafikan bahawa petroleum pd masa skrg ni adalah satu keperluan bukan lagi satu kehendak bagi semua golongan. Dengan kenaikan harga petroleum secara tidak langsung akan menaikkan harga barangan lain kerana kos pengangkutan yg semakin meningkat. Kita telahpun dikhabarkan bahawa beberapa sektor pengangkutan telah mencadangkan bahawa tambang bas dan teksi untuk dinaikkan harga. Dengan tidak langsung ini juga akan mengurangkan kuasa membeli dengan nilai pendapatan yang sama.

Optimis
– takpe takpe… harga minyak naik, kita naik basikal! Keep calm and ride basikal.

Pesimis
– habis laaa duit hantaran mesti naik punya..
– tambang naik punya la.. cmni kena jalan kaki je la…

Bisnesman
– relax laa weih.. saya ada satu plan kewangan terbaik utk korang supaya dpt hadapi kemelut ni.. ni bisnes plan kitorang.. abang nanti akan jadi downline saya… (sempat lagi nk promote MLM)

Mana satu golongan korang?

Tak kisah apa pun jawapan korg, aku harap subsidi 20sen/liter yg ditarik balik tu dpt digunakan utk bayar hutang negara.. seram weih tgk figure dia!

Wassalam!
(Nota kaki : apa pun pendirian korang, aku respek.)