Golongan-golongan semasa harga petroleum naik

Assalamualaikum dan salam sejahtera… 🙂

Rakyat Malaysia baru2 ni telah didatangkan dengan perkhabaran yg sahih bahawa subsidi utk petroleum ron95 dan diesel akan dikurangkan sebanyak 20 sen. Maka bergegak gempita laa laman siber dengan golongan2 yg tak puas hati.. yg mempertahankan… yg pandang dari sudut ekonomi.. jadi mana satu golongan korg? Kita kenalpasti guna ayat di bawah…

Pro BN
– rilek la weih. 20 sen pun nk kecoh?
– isi penuh hari ni boleh tahan sampai tahun depan ke?
– kami yakin dengan kenaikan ini tak membebankan rakyat. Pakai kereta besar boleh, x kan x mampu nk bayar extra 20 sen.
– dengan pengurangan subsidi kerajaan terhadap ron95 dan diesel, duit tu dpt digunakan utk tujuan kesejahteraan rakyat.

Pro PR
– kan aku dh kata… undi lagi BN. Barang Naik punya!

Economist – BN
– bank dunia dalam satu kajian yg dijalankan menunjukkan bahawa pengurangan subsidi akan memberi impak positif kepada negara. Pengguna subsidi kerajaan adalah terdiri daripada 5 atau 6 golongan kaya manakala 1 sahaja dari golongan miskin. Ini dpt mengelakkan penyalahgunaan subsidi yg diberikan oleh kerajaan. Ini merupakan satu penambah baikan bagi dasar fiskal negara.

Economist – PR
– semua orang x boleh nak nafikan bahawa petroleum pd masa skrg ni adalah satu keperluan bukan lagi satu kehendak bagi semua golongan. Dengan kenaikan harga petroleum secara tidak langsung akan menaikkan harga barangan lain kerana kos pengangkutan yg semakin meningkat. Kita telahpun dikhabarkan bahawa beberapa sektor pengangkutan telah mencadangkan bahawa tambang bas dan teksi untuk dinaikkan harga. Dengan tidak langsung ini juga akan mengurangkan kuasa membeli dengan nilai pendapatan yang sama.

Optimis
– takpe takpe… harga minyak naik, kita naik basikal! Keep calm and ride basikal.

Pesimis
– habis laaa duit hantaran mesti naik punya..
– tambang naik punya la.. cmni kena jalan kaki je la…

Bisnesman
– relax laa weih.. saya ada satu plan kewangan terbaik utk korang supaya dpt hadapi kemelut ni.. ni bisnes plan kitorang.. abang nanti akan jadi downline saya… (sempat lagi nk promote MLM)

Mana satu golongan korang?

Tak kisah apa pun jawapan korg, aku harap subsidi 20sen/liter yg ditarik balik tu dpt digunakan utk bayar hutang negara.. seram weih tgk figure dia!

Wassalam!
(Nota kaki : apa pun pendirian korang, aku respek.)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s