Kisah Designer

Kisah Designer 1

Bro A : Bro, mintak tolong design banner kedai makan aku boleh?
Bro B : Ermm.. boleh la. Nak design yg mcm mana ye?
Bro A : OK macam ni design dia..
Bro B : boleh la mcm ni. tapi kena bayar tau.
Bro A : eh kenapa pulak. buat banner je kot? jangan haloba sangat bro
Bro B : (panas hati) kenapa pulak aku tak boleh caj? ni la mata pencarian aku.
Bro A : bukan susah pun nk design. at least orang tgk hasil kerja ko, diorang suka, nanti diorang upah ko pulak. kamon la.
Bro B : (eh jahanam betul jawapan ko) …ok
Bro A : terima kasih.

Selepas beberapa hari banner tu siap dan digunapakai
kt kedai Bro A

Bro A : terima kasih bro.. cantik banner ko buat.
Bro B : sama sama… makanan kedai ko pun sedap. thanks eh.
Bro A : eh bro B mana mau pigi? nasik ko makan semua sapa mau bayar?
Bro B : bukan susah pun nk masak. at least aku bagitahu semua orang kedai ko masak sedap, diorang suka, nanti diorang makan kedai ko. kamon la.
Bro A : habis tu ko plan sampai bila nak buat mcm ni?
Bro B : sampai ko bayar design banner aku tu.
Bro A : dahsyat betul ko punya nasihat eh. mana belajar ni (bukak dompet)

Kisah Designer 2

Bro A : Bro, mintak tolong design logo company aku?
Bro B : Ermm.. boleh la. Nak design yg mcm mana ye?
Bro A : OK macam ni design dia..
Bro B : boleh la mcm ni. tapi kena bayar tau.
Bro A : ala tak payah la bayar, ko kan pro. kita kan kawan2
Bro B : ye la kawan, kawan gak. aku pun nk hidup jugak. agak la pun kalau nk cut cost, at least kena hulur la jugak..
Bro A : ko takkan takde hasil pendapatan lain. ko keje telekom kan. gaji telekom ko kan dh ada dah.
Bro B : (panas hati) ok ko nak buat logo company apa ni?
Bro A : ala, company aku kan company transportation. ko buat la logo kepala lori ke.. orang senyum ke. hentam la. ko kan kreatif.
Bro B : ok esok aku siapkan.

Selepas logo tu siap

Bro B : amacam logo ni, OK ke tak?
Bro A : waaa, cantik ni.. thanks bro. nanti senang2 aku tolong ko pulak ye.

nak dijadikan cerita, awek Bro B ni nak pindah rumah.. apa lagi, Bro A yang dicari. lepas dah siap angkut barang semua

Bro A : sebab hari tu ko dah tolong aku, aku caj ko harga kawan2 la.
Bro B : ala tak payah la bayar, ko kan pro. kita kan kawan2
Bro A : wah ewah mana boleh ko main copy paste ayat kt atas tu. habis tu minyak lori, upah orang angkat semua, sape nak tanggung?
Bro B : eh mengungkit pulak ye? abis tu yg aku buat logo tu aku perah otak cari idea bil letrik masa aku lagi ko tak nak kisah?
Bro A : apa ni…
Bro B : ko takde hasil pendapatan lain ke? ko keje telekom gak kan? gaji telekom ko kan dh ada dah.

wah ewah ewah… jangan la korang jadi macam brader A ni. kesian la kt designer2 ni…

p/s : Encik Osman Baku tak singgah sini kan? ampun!! ^_^

saya sebut transportation. “PENGANGKUTAN!!”

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s