Aku Sebuah Sambung Galaxy 5

Aku Sebuah Sambung Galaxy S5

Namaku Sambung. Aku dilahirkan di sebuah kilang di Korea. Aku punyai ramai adik beradikyang berkongsi nama yang sama – Sambung Galaxy S5. Khabarnya aku dan adik-beradikku mempunyai ketahanan di dalam air selama 30 minit dan kalis debu – sesuatu yang tidak ada pada saudara-maraku yang lebih tua dari kami. Sambung Galaxy Sambung S3, Sambung S2, mahupun Sambung Galaxy Ace hanya mampu memandang cemburu dengan keampuhan daya tahan kami.

Sepertimana waktu saudara-saudaraku yang lebih tua diperkenalkan kepada umum, seluruh dunia menyambut kehadiran kami dengan penuh riang gembira. Aku amat gembira melihat mereka tidak sabar menanti untuk memiliki kami. Adik-beradikku juga turut gembira dan tidak sabar untuk menjadi milik mereka.

Saat yang ditunggu telah tiba. Walaupun sedih kerana terpaksa berpisah dengan adik beradik yang dikasihi, aku telah dihantar ke sebuah negara yang dipanggil Malaysia. Khabarnya aku akan dijual pada keesokan harinya kerana sambutan yang sangat hangat.

Sangkaanku tepat. Selautan manusia berpusu-pusu untuk mendapatkan kami. Akhirnya aku telah diambil oleh seorang pemuda – dalam lingkungan 30an, berkulit cerah dan bermisai. Aku dibawa ke kaunter dan dibawa pulang. Sungguh kurasa tidak sabar untuk berkhidmat dan mengharumkan nama baik keluarga kami.

Sesampainya kami di rumah, bungkusanku dibuka dan aku diletakkan diatas meja. Tuan baruku menghidupkan kamera dan mula berkata sesuatu di hadapan kamera. Rupanya aku dirakam dalam siri ujian “drop test” dan juga “hammer test”.

Apasal tak rendam je aku gile.. aku kan tahan air & tahan debu. Yang pegi ketuk aku sampai hancur tu buat apa. Ingat aku apa? Paku?

Tamatlah riwayat aku – sebuah Sambung Galaxy S5.

p/s : Cerita ni hanyalah sekadar hiburan semata-mata.. tidak ada kaitan antara yang hidup, atau yang mati. Kalau korang tak puas hati boleh la tukarkan nama fon kt atas dengan fon lain.Sagem ke.. Alcatel ke… Takde kaitan utk mengaibkan mana2 pihak. TQ! 😉

Adoi… pedih hati nak tengok…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s