RayaKeNi

Advertisements

Raya – Expectation vs Reality

Tanya pun susah?

Assalamualaikum dan salam sejahtera πŸ™‚

Berat mulut.
Satu simpulan bahasa yang ingin menunjukkan perilaku seseorang yang amat payah untuk berkata-kata. Ditanya itu tidak berjawab. Ditanya ini tidak menyahut. Itu gambaran orang yang berat mulut. Dalam pada menyatakan konteks di sudut baik seseorang itu tidak banyak berkata2 seperti peribahasa inggeris “silence is golden” , dari sudut kontra pula, kalau orang tu malas nk membuka mulut ataupun bertanya, ini mungkin akan berlaku :

Situasi 1
Lepak minum kedai mamak, tapi sorang daripada korang takde kerusi nak duduk.

Ahmad : Albab, cari la kerusi. Takkan nak berdiri je.
Albab : Ala chill la, benda kecik je. Takde mati laa kalau tak duduk.
Ahmad : haaa tu ada kerusi kosong. Cuba ko mintak kt brader yg duduk kt meja sana tu.
Albab : alah.. ramai orang yg duduk kt meja tu. Mesti member diorang ada x sampai lagi.
Ahmad : mana laa ko tau.. tanya la dulu. Malu bertanya sesat jalan.
Albab : ala ko yakin la dengan aku. Kejap lagi mesti member diorg sampai.

Tak lama lepas tu, datang sorang brader amik kerusi tu lepas bertanya kt brader2 yg duduk meja tu.

Ahmad : (marah) hah kan aku dh kata! Ko degil! Betul tak apa aku cakap tadi?
Ahmad : ….malu bertanya sesat jalan.. tapi..aku sampai je kedai makan ni. Xde melencong sampai ke batu pahat.

Ahmad dan Albab bercakaran dek loyar buruk si Albab sebentar tadi….

Situasi 2
Ahmed dan Albeb sedang rancak bercerita pasal cari kerja.

Ahmed : weih albeb, ko tengok iklan kerja kosong ni. Ko tak nak apply ke?
Albeb : segan la nak try… mesti ramai yang cuba dapatkan kerja tu..
Ahmed : for sure laaa ramai yang try.. belum cuba belum tau. Ko tengok kelayakan dia. Degree in marketing. Hah, ko kan ada degree ni. Cuba je la.
Albeb : aku ni nama je ada degree. Tapi ko tengok kawan2 kelas aku. Semua pointer lagi banyak dari aku. Dlm kelas aku yg paling rendah tau?
Ahmed : itu pointer.. pointer tinggi belum tentu menjamin boleh kerja bagus tau? Ko pun rajin tolong mak ayah aku tgk, boleh laa. Bila lagi.
Albeb : tolong mak ayah tu lain. Segan laa aku kalau boss aku suruh macam2, tapi aku xbuat apa dia suruh. Kalau bos aku perempuan mcm mana? Aku dengan perempuan ni susah sikit… segan makin kuat.
Ahmed : (marah) ko nak keje ke tak?
Albeb : …nak…
Ahmed : dah tu??
Albeb : ….tapi aku segan nak gi interviu…

Ahmed dan Albeb bercakaran dek perangai buruk si Albeb sebentar tadi….

Situasi 3
Pembaca : dah laaa ezril. Aku tau lepas ni ko nak cerita pasal ahmid dengan albib kan?
Aku : eh mana tau ni?! Segan laa nak cerita lagi..
Pembaca : pungkok ang laa!

Kesimpulan
Malu, lapar.
Tak malu, in shaa Allah tak lapar.
Amacam? Malu bertanya sesat jalan πŸ˜‰

The Story of A Perfect Stranger

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera πŸ™‚

Tajuk nak gempak. Padahal cerita biasa2 je. Biasa la. Gula kena lebih sikit baru laaa rasa cambest je. Haha mengarut je la aku ni.

Stranger will remain as a stranger as long as we treat them like one. Kalau setahun duk ofis yg sama tapi setakat pandang2 pastu hai2 je, memang sampai bila2 pun tak kenal.

“Bro, orang yg ko lambai tadi tu sape nama dia ah?”
“Ntah..aku rasa dia pernah duduk workstation sebelah aku dulu”
“Tak tanya nama ke? Xkan x sembang2 ngan dia?”
“…tak. busy sangat melukis…”

#piakdirisendiri

Satu perkara yg best terjadi antara aku dengan sorang yg aku tak kenal (customer call centre). Nama dia cik zila kalau x salah. Baru sembang kejap dh mcm kawan lama dah. Al kisah dia mcm ni. Cik zila ni nak buat laporan internet dia tak boleh pakai. So mcm biasa la, bagi ucap selamat, tanya nama, build rapport (rasanya mcm terlebih rapport dah ni) dsb.

Bila dah buat troubleshooting, check kabel, tgk lampu router, tanya itu ini, aku tgk laaa rupanya internet cik zila ni ok je sebenarnya. Ada je aku tgk sambungan internet dia dlm sistem. Apa yg biasa kitorang buat, buang sambungan tenet tu, pastu suruh customer restart router. Kebetulan masa tu pukul 5:50 petang, kejap lagi masa aku nk balik rumah pun.

Aku : cik zila, kalau mcm ni, cik zila kena tutup router tu sekejap la.
Zila : ehh.. kena tutup ke. X yah tutup x boleh?
Aku : kena tutup.. kalau tak internet tu x boleh pakai.
Zila : tapi masalahnya router tu ada dalam bilik boss.
Aku : aik.. masuk laa kejap, tutup la router tu.. mintak izin kt bos.
Zila : bukan tu masalahnya, kejap lagi pkul 6 dah nak balik. Nanti saya masuk disuruhnya saya buat macam2.

Aku dah gelak dah. Padahal diri sendiri pun dh nak balik.

Aku : hahaha ye ke. Ok2 saya faham. Nanti tak pasal2 kena stayback lagi kan?
Zila : haaa pandai pun awak. Ni yg suruh telefon awak ni pun, bos saya la. Ee.. ni kalau masuk bilik dia ni makin panjang pulak cerita dia.

Lepas tu boleh pulak aku bantai buat dialog utk bos dia :

“Eh, baru kejap tadi i suruh zila check kan kenapa internet ofis sudah down, sekarang itu zila sudah hilang”

Dua2 bantai gelak. Tp aku gelak sopan sikit laa. Panggilan dirakam kot πŸ˜€ (call tu habis dalam pkul 5:56 ptg. So xde chance la nak drag call sampai balik hahaha)

Bila main online game pun ramai je jumpa strangers. Kenal pun bukan calang2 orang. Ada doktor dari mesir laa. Ada artist dari deviantart laa. Dan ada je rupanya member sekampung, tak pasal2 terjumpa dalam online game tu kan.

“Bro ko dari mana?”
“Kapar. Ko?”
“Eh laaa ko budak kapar jugak ke? Haha duk mana?”
“Ko pun dak kapar ke? Cayalah.. aku dak Taman Kapar”
“Pergh..satu taman perumahan rupanya kita. Rumah ko nombor berapa?”
“No.24 jalan kapar ria. Satu taman senang laa nk ajak lepak”
“Weih. Tu rumah aku. Ko sape weih”
“Ko sape ni?”
“Hakim Alfi!”
“Adik sendiri rupanya..Β  puih”
“…tadi ajak lepak kan? Belanja tau!”

Kesimpulannya, takde sape yg meletak status strangers pada seseorang melainkan diri sendiri. Tak faham kesimpulan ni? Gasak korang la πŸ™‚

Wassalam!

So what about today?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Jadi apa yang berlaku hari ni?

Sama je..takde apa yg tak normal berlaku. Rasanya la. Jalani hari2 yg sama setiap kali. Kadang2 cerita2 lama yg tiba2 melintas depan mata.. dan apa yg kita akan buat dengan kenangan tu.

Dalam darah ni rasanya mmg dh sebati dengan lukisan. Jauh mana aku tinggalkan, akhirnya aku datang balik pada dia. Ini dinamakan jiwa kot. Tipu laa kalau aku cakap kalau balik dari ofis, dalam kereta takde duk berangan pasal melukis komik dengan jalan cerita yg duk melekat dlm kepala sejak beberapa tahun lepas. Pasang lagi angan2 mcm mana kalau lukisan aku tu berjaya menarik minat ramai org utk membaca. So on and so far lah angan2 aku tu. Rasanya kalau aku start balik dari awal, in shaa Allah boleh pergi lagi ni. Doa aku agar aku istiqamah dlm hal ni.

Tapi satu kenangan ni, bila diingat balik memang pedih. Apa lagi klu kenangan tu melibatkan hati dan perasaan. Satu ketika dlu sejak sekolah menengah aku admire gila ngan sorang awek ni. Gila kelakar kalau aku bagi alasan suka tgk gigi dia. Tapi memang betul pun. Alasan budak sekolah menengah. Biasa lah kan. Dalam banyak2 percubaan nak tekel dia, percubaan tahun lepas ni adalah percubaan paling hampir dapat nk memenangi hati dia, itu yg aku rasakan. Cuma jawapan dia samada dia terima atau tak, jawapan tu pending sampai 15-19 januari 2013. Akhir sekali walau dengan apa usaha yg aku buat sekalipun, kenangan silam dia pulak yg menghalang jawapan yg aku tunggu2 sejak 15 sept 2012.

Mcm aku ckp tadi, bab hati dgn perasaan, memang kita tak boleh nk tipu. Dia pun berlaku jujur dan tak menafikan dia masih tersepit dengan kenangan silam dia. Walaupun mulanya aku pun agak bengang ngan jawapan mcm tu, tp besoknya aku sedar. Ini kejujuran dia yg paling berharga yg dia berikan kt aku. Sekarang aku pun dh x kontek dia lagi, tapi Sharifah Faseha bte Abd Halim, semoga bahagia dengan siapa pun pilihan anda. Saya marah? Ermm… tak lah. Saya redha & terima keputusan tu seadanya.

Soal hati dengan perasaan memang tak boleh tipu.

Hidup tetap diteruskan. Lepas tu masih lagi mencari seseorang yg boleh dibawak sama2 masuk syurga (kahwin la tu…) dah jumpa dah pun. Tp kenapa mulut ni mcm terkunci je bila nak ckp “bila saya boleh jumpa parents awak?”.

Soal hati dan perasaan memang tak boleh tipu. Tapi boleh sorok.

Ambik sesuatu dari pengalaman. Terima kasih.

Jalan Jalan Ke Sabah Bhaaa! (Part 2)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Part 2, Hari Kedua 30 April 2013

Entah pukul berapa ntah saya tertidur semalam. Atas sebab musabab yang malas nak diceritakan kt sini. Pagi dah terbangun lewat sedikit dari waktu yang ditetapkan. Hari ni apa aktivitinya? Island Hopping. Terasa bersemangat sikit nak bangun dan pergi melihat kebiruan dan kehijauan ciptaan Allah. Sebelum jalan-jalan, perut kena isi dulu.. nasi goreng cili besar satu pinggan.. ekeke. Semua tengah makan. Saya lewat sikit (rasanya laa.. lewat sikit. sebab semua pun baru nak makan)

20130430_082752

Restoran Seri Malar. Sebelah je dengan tempat kami menginap.

Lepas habis bayar makan, kami pun menapak pergi ke tapak pasar malam.. kt situ kami mula naik bot dan pergi ke pulau pertama kami – Pulau Mamutik.

20130430_084100111

Kat sini kami mula naik bot.

"Ala steady je la" agaknya tu la yg Anje tu sebutkan.

“Ala steady je la” agaknya tu la yg Anje tu sebutkan.

Banyaknya ikan!

Banyaknya ikan!

ikan lagi!

ikan lagi!

ikan apa ni? hahah

ikan apa ni? hahah

celup kaki boleh jadi spa ikan.

celup kaki boleh jadi spa ikan.

Subhanallah... Cantiknya Bumi-Mu

Subhanallah… Cantiknya Bumi-Mu

perasan tak awan tu?

perasan tak awan tu?

alahhh

alahhh

Lepas dalam setengah jam mcm tu, bot pun datang bawak kami pegi pulau kedua – Pulau Manukan. Besar bha pulau ini.

model pintu masuk.

model pintu masuk.

Subhanallah...

Subhanallah…

ni kaunter lepas model pintu masuk tadi.

ni kaunter lepas model pintu masuk tadi.

tak jadi pegi pulau ketiga.. kitorang mintak brader bot tu bawak kami pusing2 pulau je. sebelum tu...

tak jadi pegi pulau ketiga.. kitorang mintak brader bot tu bawak kami pusing2 pulau je. sebelum tu…

amacam. profile picture ni.

amacam. profile picture ni.

steady je budak ni...

steady je budak ni…

kampung air kat Pulau Gaya. Anje buat2 ber-gaya kat situ.

kampung air kat Pulau Gaya. Anje buat2 ber-gaya kat situ.

 

Ada 3-4 masjid kt sini.

Ada 3-4 masjid kt sini. Tu salah satunya.

Lepas habis round Kampung Air ni, kami pun balik.. penat yang amat dah ni! Sampai tanah besar dalam pkul 12 mcm tu. Rehat sampai pkul 1:30 petang.. waktu Sabah (masih lagi kejutan budaya). Lepas masing-masing puas berehat, kami hantar dulu adik perempuan kami tido hotel lain.. alah biasa la tu. Nak mandi kolam sangat. Amik la.. amik la..

 

diorang amik bilik hotel baru, kami amik gambar sendiri. apa ada hal..

diorang amik bilik hotel baru, kami amik gambar sendiri. apa ada hal..

Destinasi seterusnya! Muzium Sabah.

20130430_145814

tiket masuk. ada yg mengaku kanak-kanak sekolah lagi. gila.

tiket masuk. ada yg mengaku kanak-kanak sekolah lagi. gila.

ni la peta Sabah. korang sendiri boleh google :)

ni la peta Sabah. korang sendiri boleh google πŸ™‚

cantik...

cantik…

berebut nk bergambar kt luar....

berebut nk bergambar kt luar….

Malam tu… tak tau apa yang terjadi.. masing-masing dah dapat 4 flat, anugerah dekan bagai. So… kita sambung Part 3 esok. Esok kerja ni. Haha! Assalamualaikum!

 

 

 

 

Jalan Jalan Ke Sabah Bhaaa! (Part 1)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera πŸ™‚

Anggaplah saya ni masih lagi jetlag. Ye lah.. Pergi Sabah 29 April, tapi update blog 13 Mei. Macam laa pegi 2 minggu~ haha. Pergi 4 hari je sebenarnya. Start flight 29/04/2013. Balik sini 02/05/2013. Update blog 13/05/2013. Hari Guru 16/05/2013. Ehh.. kaitan pulak hari guru? Hehe..

Plan nak pergi Sabah daripada tahun lepas, mcm biasalah Air Asia tengah buat promosi tambang murah, dapat laa jugak kami satu keluarga pegi ke sana.. walaupun tempah duduk bersepah. Saya dengan adik lelaki saya duduk depan, yang lain entah kt mana tempat duduknya πŸ™‚ Ni laa kali pertama saya naik kapal terbang. Dah laa ada masalah acrophobia, duduk pulak dalam kapal terbang dua setengah jam.. memang plan dalam kapal terbang tu :

“…aku tido je la nanti”

“…jangan pandang tingkap…”

(pujuk hati dua jam setengah ni pejam celik pejam celik dah sampai dah…)

(berapa kali pejam celik baru nak sampai)

20130429_174136

cubaan menenangkan perasaan. spek pinjam adik punya. adik yg mana pun tak tahu la. gasak korang la.

Hari Pertama 29 Apr 2013

Perjalanan kami bermula pada jam 8 malam dan selamat sampai pada 10:30 malam… Alhamdulillah… Jejak kaki kt sabah je, perkara pertama yang masing-masing canangkan : LAPAAAAAAAR. Ye la mana taknye, dalam kapal terbang, nak beli nasik lemak pun dah RM 15. Gile ke apa. Tapi time balik tu beli jugak. Baru tau diri sendiri gila tak gila. Hahah. Nasik lemak tak beli, tapi sanggup pulak beli benda ni. Bosan kt dalam kapal terbang katanya…

20130429_213133_LLS

kalau saya jual idea ni kt Tony Fernandes, dia nak beli tak? Harga tu belakang cerita la.

Keluar je dari airport, kereta sewa dah pun menunggu… satu Myvi kuning, satu Wira. Mula-mula ingatkan yang bagi sewa tu orang Sabah jugak.. rupa-rupanya orang Kelantan.. dah lama duduk kt Kota Kinabalu jadi cikgu katanya. Memang masyuk laa brader tu.. kerja cikgu tapi ada kerja sambilan. Rasanya kerja sambilan dia lagi masyuk kot. Harga pun standard kedai-kedai makan Kelantan yang ada, murah. Kereta pun boleh tahan. Seat belakang je licin. Hahah.

Masih tak familiar dengan udara Sabah, kami terus check-in kt Hotel Seri Iskandar. Try la google sendiri ye. Tak sempat nak tangkap gambar.. erm… hotel tu. Lepas letak beg, terus pergi cari kedai makan yg dekat2. Alhamdulillah ada satu kedai mamak 24 jam kt area situ gak. Makan je la apa yang ada.. ada yg mintak Maggi goreng.. ada yang mintak nasi goreng ayam.. tapi satu perkara yang saya baru tahu, tak kisah laa apa pun makanan yang kami pesan, (kecuali roti canai), mesti tuan kedai akan bagi sup kosong, walaupun mi goreng @_@ errmm… satu meja kami ada 8 orang, so ada dalam 7-8 sup kosong yang kami dapat. Sampai mak saya cakap “tak payah la bagi lagi.. banyak dah ni”. Kalau cili tu dipotong besar2.. so memang tolak tepi lah πŸ™‚

Esok aktiviti bermula pukul 7 pagi. Ingat ye Ezril.. 7 pagi Sabah. Bukan 7 pagi Semenanjung.

Bersambung Part 2 nanti.

Boleh ke Tak Sebenarnya ni?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Bagai bertandang ke rumah orang,
Sampainya sudah,
Salamnya tak diberi.

Maksudnya, alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.
Kalau kita dah cuba sesuatu, cuba sampai habis.
Dapat tak dapat tu belakang cerita, yang penting, cuba.

Cuba.
Cuba.
Dan cuba lagi.

Banyak merepek laa blog aku sekarang ni. Patutnya banyakkan cerita. Tapi bajet bermotivasi pulak. Hahaha. Alah hentam je la. Nanti ada laa benda yang nak diceritakan. Tungguuuu.

Sambil-sambil tu layan laa lukisan-lukisan ni… hentam saje.

MegatOri Fia_Complete scan0011

Apa Sumbangan Kita Pada Negara?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

10 April 2013, Rabu. Minggu ini saya menjalani kursus Contact Centre Team Management (CCTM) di Plaza Vads, Damansara. Dah masuk hari ke-3 saya menjalani latihan tersebut. Susah juga sebenarnya bangun pagi-pagi, menempuh jalan yang sesak, apatah lagi nak kena lalu Exit Damansara (NKVE). Sambil melayan jalan yang sesak, saya akan pasang HOT FM. Sesekali terpaksa tutup radio bila lagu KLMU berkumandang. Apa yang me….*tutup radio*

tak sabar menunggu… oh my XD

 

Keluar pulak iklan baru kt radio dari Hot FM. Dalam iklan tu, dia bagi satu situasi yg lebih kurang mcm ni :

Saya kerja malam. Saya perempuan. Tiap2 kali balik rumah, saya takut. Kiranya takut gelap dan diapa-apakan lah ni. Kemudian, pihak berkenaan pasang lampu jalan. Jalan pun dah terang. Saya dah tak takut lagi dah.

OK noted… dan seterusnya, mesej sebenar yang nak disampaikan oleh tukang iklan tu menggunakan ayat yg mcm ni :

Jangan tanya apa sumbangan negara pada anda, tanya pada diri sendiri, apa sumbangan anda pada negara?

Respon saya : MOTIP? Adakah sekadar soalan retorik ataupun ada niat tersembunyi di sebalik soalan tu? Saya tahu dah niat sebenar iklan mcm tu. Bukan susah nak detect. Dalam training minggu ni, En. Fahmi tu sendiri bagitahu, itu sebenarnya teknik Vague Hinting. Maksud? Contoh dia, katakan laaa, anda lapar dan nak ajak kawan anda pergi makan. Ayat yang anda keluarkan :

Eh, Din. Ko tak lapar ke?

Kalau si Din ni faham, mungkin dia akan jawab : “Aku pun lapar jugak lah. Jom kita makan!”

Faham? Senang kan? Jadi masing-masing boleh faham sendiri kan?

Bukan semua orang boleh jadi askar. Bukan semua orang boleh jadi polis. Bukan semua orang boleh angkat senjata. Macam polis, askar, tentera, sumbangan mereka adalah menjaga keselamatan negara. Itu tugas dan sumbangan mereka. Pada mereka yang bekerja contact centre, yang bekerja sebagai ustaz atau ustazah, arkitek, jurutera TNB, pekerja kilang, siapa kata kita semua tak menyumbang kepada negara? Kerja yang kita semua buat, itu adalah sumbangan kita kepada negara.

Saya bagi 2 contoh pekerjaan la ye. Yang lain boleh difikirkan sendiri.

Contact Centre Agent : Live help utk customer
Mak cik Kantin : Jual makanan kt budak2 sekolah

Jadi apa kaitan contoh2 kerja kat atas ni dengan sumbangan pada negara?

Contact Centre Agent :
Hidup makan gaji dengan kerja kt syarikat orang ni.. dah tentu kita kena ikut undang-undang syarikat.
Syarikat ni pulak, mesti nak minimize cost dan naikkan pendapatan (kiranya nak dapatkan untung la tu)
Bila dah untung, syarikat2 luar tu akan pandang Malaysia sebagai sebuah negara dengan pasaran yang baik

Mak Cik Kantin :
Beli barang-barang buat kuih, mcm tepung, kentang, sayur, itu pun dah mula menyumbang pada negara
Masak, pun menyumbang pada masa depan negara
Jual makanan kat budak2 sekolah, pun dah menyumbang pada negara
Respek mak cik kantin!

Jangan difikir kerana kita kecik, kita tidak mampu membuat sumbangan pada negara. HOT FM, utk iklan kat atas ni… korang mmg tak cerdik langsung. End!

 

Bang, Abang Duduk Mana?

Di sebuah restoran makanan segera. Hanafi sedang berada di kaunter untuk order burger.

Hanafi : Saya nak set no.13, medium.
Pelayan : Encik nak makan kat sini ke?
Hanafi : Tak, saya nk makan kt sebelah sana (sambil tangan tunjuk kt meja kosong)

~~~~~~~~
~~~~~~~~

Masih lagi di restoran yg sama. Set no. 13 dah sampai tapi..

Pelayan : Encik, kentang goreng dah habis. Boleh duduk dulu tak sementara kita siapkan kentang tu?
Hanafi : Boleh jer.. saya duduk dulu lah.
Pelayan : OK, encik duduk kt mana?
Hanafi : Saya duduk kt Klang.

Wahaha ^_^